Pelajar Sekolah Agama Buang Bayi???

View previous topic View next topic Go down

Pelajar Sekolah Agama Buang Bayi???

Post by Detective on Wed May 21, 2008 5:19 pm




ALOR STAR - Seorang pelajar sekolah menengah agama di Pokok Sena di sini bertindak di luar batas kemanusiaan apabila membuang bayi perempuan yang baru dilahirkan danditemui mati di tempat pembuangan sampah belakang asrama sekolah itu.

Pelajar perempuan berusia 18 tahun dan berasal dari Hulu Langat, Selangor itu dipercayai melahirkan anak Isnin lalu di bilik asrama.

Bayi malang yang cukup bulan itu dipercayai dibunuh ibunya sendiri sebelum membungkusnya dengan kain batik dan menutupnya dengan timbunan sampah.

Ketika ditemui, bayi perempuan itu dalam keadaan hampir rentung bersama urinya yang masih berdarah.

Pelajar terbabit dikatakan menjadi mangsa rogol di ibu negara ketika pulang bercuti tetapi kejadian itu tidak dilaporkan kepada keluarganya dan polis.

Rahsia pelajar itu melahirkan anak luar nikah terbongkar apabila dia mengadu sakit perut dua hari selepas bersalin dan dibawa seorang ustazah sekolah itu ke hospital untuk pemeriksaan.

Doktor mendapati pelajar itu sebenarnya baru bersalin dan memaklumkannya kepada ustazah berkenaan. Selepas dipujuk, barulah pelajar itu mengaku melahirkan anak sebelum membuangnya di belakang asrama.

Menurut seorang kakitangan sekolah itu yang ditemui Kosmo! semalam, disebabkan badan pelajar itu yang agak gempal dan tinggi menyebabkan pelajar dan kakitangan sekolah tidak menyedari dia mengandung sehingga sembilan bulan.

"Pelajar itu selalu tidak sihat dan pernah berhenti belajar di sini dahulu dan sambung belajar semula, semua orang tak sangka dia mengandung, lagi pun dia tidak bergaul sangat dengan orang lain," jelasnya yang enggan dikenali.

Katanya, sekolah terbabit gempar apabila melihat beberapa orang guru mencari mayat bayi di tempat buang sampah di belakang asrama sekolah.

"Mayat itu dijumpai dalam keadaan terbakar sebab kawasan itu tempat buang sampah. Tukang kebun bakar sampah lalu terkena mayat bayi, semua badan terbakar kecuali sedikit sahaja di bahagian muka," ujarnya.

Sementara itu jurucakap polis memberitahu, guru sekolah agama berkenaan telah membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Langgar di sini kelmarin.

_________________
SESEORANG YANG TAKUT UNTUK MEMBUAT KESILAPAN TIDAK AKAN MENEMUI SESUATU YANG MENAKJUBKAN!!
avatar
Detective
Admin

Posts : 270
Join date : 2008-05-19
Age : 27
Location : 18500, Machang

View user profile http://dakwah.motionsforum.com

Back to top Go down

Re: Pelajar Sekolah Agama Buang Bayi???

Post by HafaazMuslim on Mon May 26, 2008 10:13 pm



Salam...
Ana memang terkejut sgt bila baca artikel ni kt kosmo hari tu..
Xpatut pelajar tu buat macam tu..Membunuh bayi yg tidak berdosa..
Entahlah..Kesian die..
Mungkin benar, die kena r----...
Mungkin xbenar...
Hanya ALLAH yg Maha Mengetahui atas tiap2 sesuatu..
Dosa die skrg yg kita tahu cuma die bunuh bayi tu..
Kalau nk kata dia kena r---- pun, mgkin dah xda bukti...
avatar
HafaazMuslim

Posts : 460
Join date : 2008-05-25
Age : 97
Location : Kompleks Balai Islam, KL

View user profile http://hafaazmuslimislami.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Pelajar Sekolah Agama Buang Bayi???

Post by Detective on Tue May 27, 2008 3:42 pm

Kalau lah dia sudah di nodai, kenapa x laporkan kpd ibu bapa @ pihak berkuasa? Wallahua'lam kalau dia malu.

_________________
SESEORANG YANG TAKUT UNTUK MEMBUAT KESILAPAN TIDAK AKAN MENEMUI SESUATU YANG MENAKJUBKAN!!
avatar
Detective
Admin

Posts : 270
Join date : 2008-05-19
Age : 27
Location : 18500, Machang

View user profile http://dakwah.motionsforum.com

Back to top Go down

Re: Pelajar Sekolah Agama Buang Bayi???

Post by HafaazMuslim on Tue May 27, 2008 8:11 pm

MinAdmin wrote:Kalau lah dia sudah di nodai, kenapa x laporkan kpd ibu bapa @ pihak berkuasa? Wallahua'lam kalau dia malu.

Itulah..Ini pun ana hairan..Kalaulah betul dia kena tu, knp xnak laporkan kpd famili o pihak berkuasa?
Walhal dia sendiri tahu, apa akan terjadi, kalu xbgtau..
Berani krn benar, takut krn salah...Ntahlah..
Allah saja Maha Mengetahui atas tiap2 sesuatu...
Wallahua'lam...
avatar
HafaazMuslim

Posts : 460
Join date : 2008-05-25
Age : 97
Location : Kompleks Balai Islam, KL

View user profile http://hafaazmuslimislami.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Pelajar Sekolah Agama Buang Bayi???

Post by Detective on Wed May 28, 2008 2:29 pm

Biarkan lah je dia tu. Sekarang kerja Allah. Hanya Allah sahaja tahu apa perkara sebenarnya.

_________________
SESEORANG YANG TAKUT UNTUK MEMBUAT KESILAPAN TIDAK AKAN MENEMUI SESUATU YANG MENAKJUBKAN!!
avatar
Detective
Admin

Posts : 270
Join date : 2008-05-19
Age : 27
Location : 18500, Machang

View user profile http://dakwah.motionsforum.com

Back to top Go down

Re: Pelajar Sekolah Agama Buang Bayi???

Post by HafaazMuslim on Wed May 28, 2008 8:09 pm

Kita boleh timbulkan rasa simpati..Mgkn bkn biarkan..
Sekurang2nya dapat juga pahala..
Berat ujian Allah SWT untuknya..
avatar
HafaazMuslim

Posts : 460
Join date : 2008-05-25
Age : 97
Location : Kompleks Balai Islam, KL

View user profile http://hafaazmuslimislami.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Pelajar Sekolah Agama Buang Bayi???

Post by budak_kecik90 on Thu May 29, 2008 10:31 am

erm....ad x pape brite lnjut mngenai hal ni sekarang?
ape jd ek?
avatar
budak_kecik90

Posts : 425
Join date : 2008-05-27
Age : 26
Location : fi kulli makan...

View user profile

Back to top Go down

Re: Pelajar Sekolah Agama Buang Bayi???

Post by HafaazMuslim on Sat May 31, 2008 3:15 pm

budak_kecik90 wrote:erm....ad x pape brite lnjut mngenai hal ni sekarang?
ape jd ek?

Ana pun dah xikut..Myb dah xda..hehe
avatar
HafaazMuslim

Posts : 460
Join date : 2008-05-25
Age : 97
Location : Kompleks Balai Islam, KL

View user profile http://hafaazmuslimislami.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Pelajar Sekolah Agama Buang Bayi???

Post by koala oren on Sat May 31, 2008 7:19 pm

hanya TUHAN yg tahu apa yg berlaku...

koala oren

Posts : 192
Join date : 2008-05-26
Location : oren world

View user profile

Back to top Go down

Re: Pelajar Sekolah Agama Buang Bayi???

Post by Lieza on Mon Jun 02, 2008 2:41 pm

Betul..Di mahkamah Allah nanti tiada siapa akan terlepas walaupun di dunia dia boleh melarikan diri..Semoga apa yang terjadi menjadi pengajaran bagi kita..
avatar
Lieza

Posts : 136
Join date : 2008-05-28
Age : 33
Location : Kuala Lumpur

View user profile

Back to top Go down

Re: Pelajar Sekolah Agama Buang Bayi???

Post by budak_kecik90 on Mon Jun 09, 2008 6:07 pm

tp knp kebanyakkan berita hanya dihebohkan seketika je??
xpuas hati btul la....
avatar
budak_kecik90

Posts : 425
Join date : 2008-05-27
Age : 26
Location : fi kulli makan...

View user profile

Back to top Go down

Re: Pelajar Sekolah Agama Buang Bayi???

Post by Detective on Wed Jun 11, 2008 4:27 pm

x puas hati, siasat lar.

_________________
SESEORANG YANG TAKUT UNTUK MEMBUAT KESILAPAN TIDAK AKAN MENEMUI SESUATU YANG MENAKJUBKAN!!
avatar
Detective
Admin

Posts : 270
Join date : 2008-05-19
Age : 27
Location : 18500, Machang

View user profile http://dakwah.motionsforum.com

Back to top Go down

Re: Pelajar Sekolah Agama Buang Bayi???

Post by HafaazMuslim on Fri Jun 13, 2008 10:17 pm

Dorg saje je....
Biar pelajar skola agama tu jd tohmahan umum kot...

_________________
WebSite Ana >>>>>
http://hafaazmuslimislami.blogspot.com

-Walakin kunu Rabbaniyyin
-Ihfazh Allah Yahfazhka



"Ssungguhnya solatku,ibadatku,cintaku,hidupku,dan matiku, hanya kerana Allah S.W.T.,Tuhan Seluruh Alam yang mentakdir menentukan segala2nya"
avatar
HafaazMuslim

Posts : 460
Join date : 2008-05-25
Age : 97
Location : Kompleks Balai Islam, KL

View user profile http://hafaazmuslimislami.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Pelajar Sekolah Agama Buang Bayi???

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum