::KISAH SEEKOR SINGA::

View previous topic View next topic Go down

::KISAH SEEKOR SINGA::

Post by Detective on Tue Jun 24, 2008 4:37 pm



Disebuah hutan belantara, ada seekor anak singa yang telah kehilangan ibunya. Anak singa yang lemah itu, hidup tanpa perlindungan.

Satu hari, sekumpulan kambing melintasai kawasan tempat tinggal anak singa tersebut. Seekor ibu kambing yang melihat anak singa tersebut, merasa sangat hiba melihat anak singa yang lemah itu dan terbitlah dari nalurinya untuk merawat dan melindungi anak singa tersebut.

Si Ibu kambing tersebut menghampiri anak singa itu dan membelai dengan penuh kasih sayang. Disebabkan merasa selesa dengan belaian dan kasih sayang tersebut, si anak singa itu tidak lagi mahu berpisah dengan si ibu kambing tersebut, lalu ia sentiasa mengikuti kemana sahaja ibu kambing itu pergi. Maka jadilah ia sebahagian daripada keluarga besar kambing tersebut.

Hari berganti hari, dan anak singa tersebut membesar dalam asuhan ibu kambing, sehingga ia merasakan ianya bukanlah seekor singa. Satu hari seekor serigala buas datang utuk memburu kambing untuk dijadikan makanan.

“Kau singa! cepat lawan serigala tersebut. Cukup dengan mengaum sahaja, pasti serigala tersebut akan ketakutan” kata ibu kambing tersebut terhadap anak singa yang sudah kelihatan besar dan gagah tersebut.

Tetapi anak singa tersebut turut takut malah berlindung dibelakang ibu kambing tersebut dan hanya mampu melihat apabila salah seekor anak kambing tersebut diterkam dan dibawa lari oleh serigala.

Ibu kambing yang sangat sedih kerana salah seekor anaknya maut dimakan serigala, memandang anak singa tersebut dengan perasaan marah. “Kau adalah singa, sepatutnya kau boleh membela kami” Anak singa tersebut hanya tunduk kerana tidak faham dengan maksud ibu kambing tersebut.

Tidakkah Anda terfikir Anda juga umpama anak singa tersebut?. Sudah lama hidup di muka bumi ini, tetapi tidak mengetahui jati diri dan potensi sebenar yang ada pada diri.

betapa ramainya manusia yang hidup seadanya, hidup sekadar ala kadar tanpa semangat sebenar yang perlu dimiliki, tanpa kekuatan yang sebenar. Mengapa semua itu berlaku? Kerana mereka tidak mempunyai matlamat yang jelas, tidak faham untuk apa mereka hidup dan tidak tahu bagaimana seharusnya dia menjalani kehidupan di dunia ini.

Kebarangkali individu tersebut adalah ’seekor singa’, tetapi tidak mengetahui bahawa dirinya adalah ’seekor singa’. Malah menganggap dirinya umpama ’seekor kambing’.

Kepada pembaca blog sekalian, bangkitlah. Cari potensi hidup anda yang sebenar. Jangan leka dengan persekitaran Anda ketika ini. Jika ketika ini Anda hidup hanya di rumah yang kecil, ianya tidak mustahil anda sebenarnya mempunyai potensi yang hebat untuk tinggal di sebuah banglo yang amat hebat.

Jika ketika ini Anda adalah pekerja yang menjadi hamba kepada majikan Anda, tidak mustahil Anda layak untuk menjadi majikan yang dihormati oleh pekerja Anda. Bangkitlah sahabatku semua . Bangkit!!!

Dipetik dari Raymond Chua

_________________
SESEORANG YANG TAKUT UNTUK MEMBUAT KESILAPAN TIDAK AKAN MENEMUI SESUATU YANG MENAKJUBKAN!!
avatar
Detective
Admin

Posts : 270
Join date : 2008-05-19
Age : 27
Location : 18500, Machang

View user profile http://dakwah.motionsforum.com

Back to top Go down

Re: ::KISAH SEEKOR SINGA::

Post by budak_kecik90 on Tue Jun 24, 2008 8:28 pm

ana baca 3x baru paham...
thanks 'alimin..
avatar
budak_kecik90

Posts : 425
Join date : 2008-05-27
Age : 26
Location : fi kulli makan...

View user profile

Back to top Go down

Re: ::KISAH SEEKOR SINGA::

Post by HafaazMuslim on Tue Jun 24, 2008 9:33 pm

Alhamdulillah..
Terima ksih, sudi berkongsi...
Buat renungan semua...

_________________
WebSite Ana >>>>>
http://hafaazmuslimislami.blogspot.com

-Walakin kunu Rabbaniyyin
-Ihfazh Allah Yahfazhka



"Ssungguhnya solatku,ibadatku,cintaku,hidupku,dan matiku, hanya kerana Allah S.W.T.,Tuhan Seluruh Alam yang mentakdir menentukan segala2nya"
avatar
HafaazMuslim

Posts : 460
Join date : 2008-05-25
Age : 97
Location : Kompleks Balai Islam, KL

View user profile http://hafaazmuslimislami.blogspot.com

Back to top Go down

Re: ::KISAH SEEKOR SINGA::

Post by Detective on Sat Jun 28, 2008 6:23 pm

Memang lar baca skali payah nak paham.

Baca sekali sekadar baca.

Baca kali ke-2 untuk faham

Baca kali ke-3 untuk faham dan hayati.

_________________
SESEORANG YANG TAKUT UNTUK MEMBUAT KESILAPAN TIDAK AKAN MENEMUI SESUATU YANG MENAKJUBKAN!!
avatar
Detective
Admin

Posts : 270
Join date : 2008-05-19
Age : 27
Location : 18500, Machang

View user profile http://dakwah.motionsforum.com

Back to top Go down

Re: ::KISAH SEEKOR SINGA::

Post by budak_kecik90 on Sun Jun 29, 2008 5:25 pm

yup btul 2!!
avatar
budak_kecik90

Posts : 425
Join date : 2008-05-27
Age : 26
Location : fi kulli makan...

View user profile

Back to top Go down

Re: ::KISAH SEEKOR SINGA::

Post by koala oren on Fri Jul 04, 2008 8:15 am

farao ni pun singa jg..hehehe...

koala oren

Posts : 192
Join date : 2008-05-26
Location : oren world

View user profile

Back to top Go down

Re: ::KISAH SEEKOR SINGA::

Post by Detective on Sat Jul 05, 2008 4:09 pm

singa apa tu?? cam singa firaun je.. Laughing Laughing Laughing

_________________
SESEORANG YANG TAKUT UNTUK MEMBUAT KESILAPAN TIDAK AKAN MENEMUI SESUATU YANG MENAKJUBKAN!!
avatar
Detective
Admin

Posts : 270
Join date : 2008-05-19
Age : 27
Location : 18500, Machang

View user profile http://dakwah.motionsforum.com

Back to top Go down

Re: ::KISAH SEEKOR SINGA::

Post by budak_kecik90 on Mon Jul 07, 2008 6:28 pm

itu la pasal..
bleh plak la encik koala pkai emo kt sini...
avatar
budak_kecik90

Posts : 425
Join date : 2008-05-27
Age : 26
Location : fi kulli makan...

View user profile

Back to top Go down

Re: ::KISAH SEEKOR SINGA::

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum